Thursday, November 24, 2011

-ketenangan itu-

menangis itu...
memang memenatkan.. Malah juga memeritkan..
namun ia suatu bentuk penyucian hati..
bila kita bermuhasabah diri...
Bila dahi sujud menghadap Ilahi
ketakutan menghadap Tuhan datang bertubi...
ku persoalkan dalam diri..
dimana kedudukan aku sebagai hamba disisi Tuhan yang Maha Mencipta..
mampukah aku mati dalam keadaan beriman pada Nya...
Hidupkah aku selama ini sebagai hamba yang benar2 mencintai Tuhannya..
sehingga mampu berserah segalanya yang diusahakan.. dgn penuh keredhaan dan ketaqwaan...
namun aku menangis Ya Allah...
saat itu kepedihan datang bertubi-tubi...
Betapa hamba MU ini leka mengejar duniawi ya Allah...
sehingga jauh dari MU...
hamba Mu ini lalai ya Allah...
puas ku menangis..
mengadu pada manusia mengapa diri ini terasa kabut..
rupanya ku hilang..
bahagian asas..
kebergantungan hanya pada Mu Ya Allah..
aku pula memilih percaya pada dunia..
betapa hamba Mu ini jahil ya Allah..
Alhamdulillah..
syukur ku panjatkan dengan sujud ku ya Allah....
kerana KAU masih bersama..
mendengar setiap keluhan kesah hati ini...
kerana..
hanya selepas mengadu padamu ya Allah..
ketenangan itu aku perolehi...





Ya Allah.. Yang memutar balikkan hati... Tetapkan hatiku ini.. Hanya pada agama Mu Ya Allah..